Pak Lah Yunan terlahir daripada keluarga yang kuat beragama dan ayahnya telah menjadi ketua agama di sebuah tempat (tidak dapat dipastikan di mana) di daerah Yunan, Negeri China. Apabila ayahnya meninggal dunia, Pak Lah membawa diri kerana
Menurutnya Pak Musa dan Pak Lah menjual barang-barang seperti tasbih, manik, air wangi dan juga ubat tradisional. Pak Ali juga menjual ubat di Singapura, mereka bertiga sekeluarga bertemu di rumah seorang saudagar Arab di Singapura yang dipanggil oleh orang-orang Islam China sebagai 'sakafu' yakni as-Saqqaf. Saudagar Arab ini sentiasa menjamu orang-orang Islam dari China makan selepas sembahyang di masjid Jalan Sultan. Di Singapura Hajah Halimah telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Abu Bakar tetapi telah meninggal dunia dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Jalan Sultan. Tanah Perkuburan tersebut sekarang sudah dipenuhi semak samun dan pokok-pokok besar.

Di sana Pak Musa, Pak Ali dan Pak Lah bermesyuarat di mana hendak bermastautin, di Singapura atau di mana. Oleh kerana mereka mendengar ada seorang Yunan di Negeri Terengganu dan Negeri Terengganu di panggil Darul Iman yakni negeri orang-orang beriman dan juga Laksamana Cheng Ho pernah pergi ke Terengganu, maka mereka telah membuat keputusan untuk pergi ke Terengganu dan bermastautin di sana
Pak Musa, Pak Ali dan keluarga bersama Pak Lah datang ke Terengganu di dalam tahun lebih kurang 1904 dengan menaiki kapal dari Singapura. Raja yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu ialah Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Mereka telah menyewa sebuah rumah di Kampung Paya Keladi iaitu rumah bapa Pak Awang, ninda Haji Abdul
Pak Musa ialah bapa saudara isteri Pak Lah iaitu Khatijah. Setelah berkahwin dengan Midah, beliau berpindah ke Kampung Paya Bunga (Jalan Tok Lam). Beliau menjelajah ke kampung-kampung menjual ubat dan mengubati orang-orang sakit. Pak Musa adalah seorang yang pakar membuang tahi lalat dan mengubatinya. Setelah isterinya (Midah) meninggal dunia beliau telah berkahwin dengan Kalsom. Pak Daud pula
Pak Lah (Abdullah bin Sulaiman) juga berniaga secara kecil-kecilan. Kemudian beliau disaran orang supaya membuka lombong emas di Hulu Terengganu. Beliau pergi ke Hulu Terengganu tetapi mendapati semua tempat
Pak Ali menjual ubat dan barang runcit. Sambil berniaga runcit, beliau telah membuat dan mengeluarkan minyak akar kayu yang suci dari bahan-bahan najis dan minyak itu masih dibuat oleh cucu-cucunya hingga sekarang. Kemudian kedai beliau ditukar dari kedai runcit kepada kedai perkakas besi dan kemudian diberi nama Ali Al-Yunani di Jalan Kota (Kg. Daik). Beliau telah berbesan dengan Pak Lah dan Pak Daud.
Haji Hassan bin Salleh, Haji Hassan telah diberi gelaran Si Fu atas sebab beliau adalah seorang tukang masak yang mahir. Beliau berkahwin dengan Meriam dan tinggal di Kampung Hangus di depan Padang Maziah. Beliau menolong di kedai Pak Lah di samping menjadi tukang masak. Beliau sangat rapat dengan Pak Lah kerana hubungan keluarga. Setelah isterinya Meriam meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Lijah bt. Awang. Kemudian Muhamad Yusof bin Salleh datang ke Negeri Terengganu. Beliau adalah kaum keluarga PakAli. Beliau berniaga di kedai di Kampng Daik di tepi alur depan Bomba sekarang) dan kemudian berpindah ke Pulau Kambing. Beliau telah menjadi menantu Pak Daud.
Haji lbrahim bin Muhammad adalah dari keluarga Pak Daud dan Pak Lah. Beliau datang bersama nenek dan ibunya (Hajar). Beliau tinggal di Kampung Banggol dan berniaga di Kedai Payang. Kemudian berpindah ke Chabang Tiga. Beliau telah menjadi menantu Pak Lah. Dari tujuh orang tua-tua tersebut maka lahirlah generasi kebanyakan keluarga Yunan di Negeri Terengganu hingga ke hari ini.
SUMBER DARIPADA HAJI YACOB BIN ABDULLAH
(ANAK ALLAHYARHAM PAK LAH YUNAN)