Allahyarham Pok Cheng - Bukit Besar

Allahyarham Tuan Haji Hussain Muhammad adalah seorang guru agama serta banyak melatih anak muridnya dalam bidang memandikan jenazah. Beliau pada zaman mudanya tinggal di
Kampung Pantai (yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Mara) tidak jauh dari lstana Padang Maziah dan kemudiannya telah berpindah ke Bukit Besar, Kuala Terengganu. Beliau lebih akrab dikenali dengan panggilan Pok Cheng oleh penduduk tempatan. Arwah Pok Cheng mempunyai ramai anak-anak murid yang datang untuk belajar agama serta mandi jenazah.Menurut cerita yang diceritakan oleh Puan Limah iaitu ibu saudara kepada Puan Mardiah, bahawa keluarga Allahyarham Tuan Haji Hussain Muhammad adalah berasal daripada Kepulauan Riau lndonesia tetapi tidak dipastikan dimana dengan tepat. Beliau dikatakan berasal daripada keturunan raja-raja di lndonesia yang mana nama asal beliau ialah Che Ku Hussain tetapi nama tersebut telah dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Antara s
audara Allahyarham di lndonesia bernama Tengku Putih, Tengku Hijau, Tengku Kuning dan Tengku Merah tapi sebagaimana yang dikatakan tadi tidak dapat dipastikan di mana di Kepulauan Riau dengan tepat. Allahyarham Tuan Haji Haji Hussain bersama keluarganya telah datang ke Terengganu dengan menaiki kapal bagi tujuan untuk menetap terus di Negeri Terengganu.
audara Allahyarham di lndonesia bernama Tengku Putih, Tengku Hijau, Tengku Kuning dan Tengku Merah tapi sebagaimana yang dikatakan tadi tidak dapat dipastikan di mana di Kepulauan Riau dengan tepat. Allahyarham Tuan Haji Haji Hussain bersama keluarganya telah datang ke Terengganu dengan menaiki kapal bagi tujuan untuk menetap terus di Negeri Terengganu.Allahyarham Tuan Haji Hussain mempunyai seorang adik bernama Che Ku Limah dan seorang abang yang bernama Che Ku Wook. Bellau mempunyai empat orang anak tetapi tiga diantaranya
telah meninggal dunia semasa kecil dan hanya anak perempuannya yang bernama Fatimah (kini telah kembali ke Rahmatullah) iaitu ibu kepada Puan Mardiah. Allahyarham Tuan Haji Hussain juga dikatakan mempunyai sanak saudara yang terdapat di Naratiwat dan Patani, Siam namun perhubungan telah terputus sejak Allahyarham Tuan Haji Hussein meninggal dunia.Allahyarham Tuan Haji Haji Hussain telah berguru dan menjadi salah seorang daripada anak angkat Allahyarham Tokku Syed Saggaf Bin Syed Abdul Rahman al-ldrus yang amat disayangi oleh Allahyarham Tokku. Allahyarham Tokku Syed Saggaf telah banyak menurunkan ilmu-ilmu agama serta persilatan kepada Allahyarham Tuan Haji Hussain. Melalui cerita anak muridnya Syeikh Bee (yang kini giat memandikan jenazah) Allahyarham p
ernah menceritakan kepadanya bahawa dia akan pertemuan pertamanya dengan Allahyarham Tok Ku Syed Saggaf bahawa dia (Allahyarham) telah jatuh pengsan suatu hari dan apabila dia sedar, didapati Allahyarham Tokku Syed Saggaf berada di sisinya dan memberitahunya bahawa dialah orang yang dicari oleh Allahyarham Tokku kerana Allahyarhamlah yang akan memandikan jenazahnya dan ianya telah menjadi kenyataan di saat Allahyarham Tokku kembali ke RahmatulLah.Diceritakan juga (menurut cucunya) bahawa Allahyarham Tuan Haji Hussain pernah mengalami kemalangan jalanraya yang teruk suatu ketika dahulu (semasa hayat beliau) namun beliau telah diPelihara Allah s.w.t. kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Sungguhpun basikal yang dinaiki beliau
remuk, cuma urat pernafasan beliau terganggu sedikit akibat kereta besar yang berada di atas perut beliau ketika itu.Menurut ceritanya lagi, Allahyarham Tuan Haji Hussain sering ditugaskan untuk memasak apabila ramai orang berkunjung ke rumah Tokku Pel.oh apabila terdapat majlis keramaian di rumah Allahyarham Tokku Paloh dahulunya. Allahyarham Tuan Haji Hussain diceritakan mempunyai hubungan baik dan erat dengan Almarhum Sultan Abu Bakar {Pahang} dan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah serta Almarhum Sultan lsmail Nasaruddin Shah (Terengganu) semasa hayat beliau. Allahyarham Tuan Haji Hussain juga sering dijemput untuk mengajar di lstana dan di antara
yang menjadi anak murid beliau ialah Almarhum Sultan Mahmud.Dari segi perwatakan pula Tuan Haji Hussain dikatakan tidak suka anak perempuan serta cucu-cucu perempuannya bekerja. Suatu hal pelik yang diperhatikan oleh Puan Mardiah iaitu Allahyarham datuknya suka makan dengan menggunakan garfu.
Sumber daripada Puan Mardiah Binti Ariffin (cucu)
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Dirakamkan pada tahun 2008